About Us

Sejarah Penubuhan

Unit Kesihatan Awam telah memulakan operasi pada tahun 2001 di Klinik Pakar, Hospital Umum Sarawak dengan dianggotai oleh seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan (PPKPK) Gred U32. Pada tahun 2008   seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) Gred U29 telah ditempatkan dan unit ini telah berpindah ke Bangunan Tabung Darah, Hospital Umum Sarawak.

Kemudian anggota Unit Kesihatan Awam telah bertambah lagi pada tahun 2011 dengan  kehadiran  seorang  Penolong  Pegawai  Kesihatan  Persekitaran  (PPKP) Gred U29 sejajar dengan beban tugas hakiki yang ditanggung oleh unit ini.

Pada tahun 2013 unit ini telah berpindah ke Bangunan JKNS lama. Pada tahun 2015 seorang Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41 telah diisi ke unit ini bagi memperkasakan organisasi dan fungsi unit ini di Hospital Umum Sarawak namun jawatan beliau telah ditarik balik ke Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Sejak ditubuhkan, sebanyak 4 jawatan telah diluluskan untuk Unit ini di HUS iaitu Pakar Perubatan Kesihatan Awam (1) , Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan U29/U32 (3 orang) dan tambahan 1 PPKP kontrak . Sejak 2017, Pegawai Perubatan telah  diserap ke dalam unit untuk membantu dalam hal ehwal klinikal dan pengurusan bencana. Unit ini bertanggungjawab melakukan 6 tugas utama di bawah kesihatan awam.

Pada 2006, Unit Kesihatan Awam (UKA) telah dibentuk berdasarkan Surat Pekeliling Bil 1/2008 iaitu Skop Kerja, Fungsi dan Tanggungjawab Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U32 di Hospital-hospital Kerajaan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pada 2016, Surat Arahan Bagi Mewujudkan Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Di  Semua Hospital Dan Institusi Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, No Rujukan: KKM.600-37/1/3, bertarikh 11 Julai 2016 dikeluarkan. Sebahagian tanggungjawab digariskan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 telah diambil alih oleh UKKP.

Pada 2016, UKA, UKKP dan Klinik Sejahtera telah digabungkan menjadi Unit Epid Klinikal dan Keselamatan Hospital (CEHS).
Pada 2017, CEHS dijenama semula sebagai Jabatan Perubatan Kesihatan Awam (JPKA). Secara amnya, Jabatan ini berfungsi untuk memantau dan mengkoordinasi aktiviti kesihatan awam utama di dalam kawasan hospital.