Selamat datang ke laman web Jabatan Perubatan Kesihatan Awam Hospital Umum Sarawak (HUS).
Perkhidmatan kesihatan  awam di hospital  diwujudkan  sejajar  dengan matlamat menjadikan setiap  hospital  di  Malaysia khususnya Hospital Umum Sarawak sebagai “Hospital Sejahtera”.

Bagi mencapai matlamat tersebut maka Jabatan Perubatan Kesihatan Awam (JPKA) diwujudkan di Hospital  Umum  Sarawak di  bawah  Perkhidmatan Sokongan Klinikal. HUS adalah satu-satunya hospital di Sarawak yang mempunyai jabatan yang menggabungkan Unit Kesihatan Awam (UKA) ditubuhkan sejak 2001 dan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ditubuhkan sejak 2017).

An ounce of prevention is worth a pound of cure.

Benjamin Franklin