KOSPEN WOW

kospen-wow.jpeg

Apakah KOSPEN?

Program “Komuniti Sihat Pembina Negara” (KOSPEN) adalah inisiatif yang dimulakan pada 2013 dalam usaha menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Disease, NCD) di negara ini. Program intervensi ini adalah melalui penubuhan functional units yang terdiri daripada sukarelawan dari kalangan masyarakat. Pada 2016, program berkembang kepada KOSPEN PLUS dan kemudiannya KOSPEN WOW di mana program yang sama tetapi diaplikasikan di tempat kerja oleh perkerja dengan sokongan majikan.

Apakah punca kuasa program KOSPEN WOW ini?

Keperluan menyediakan tahap keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan di tempat kerja terkandung di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Akta Mesin Jentara 1967 (Akta139). Di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Occupational Safety and Health Act 1994) yang menyatakan setiap majikan perlu memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tahap optima. Begitu juga sebaliknya di bawah akta yang sama, pekerja juga mempunyai tanggungjawab untuk mengikut arahan majikan dalam semua aspek keselamatan dan kesihatan (Seksyen 24).

Ia diaplikasikan tidak kira agensi awam atau swasta.

  •  Apakah matlamat KOSPEN?

Menurunkan prevalens penyakit tidak berjangkit  dan faktor risikonya di kalangan pekerja bagi membina warga kerja yang sihat dan produktif dengan persekitaran budaya kerja yang kondusif ke arah pembudayaan kerja yang sihat melalui pemerkasaan majikan dan pekerja.

  • Untuk membentuk warga kerja yang membudayakan gaya hidup sihat
  • Untuk pengesanan awal dan intervensi penyakit tidak berjangkit
  • Untuk meningkatkan produktiviti warga kerja dalam organisasi
  • Untuk mengurangkan kos perubatan secara lansung dan tidak lansung
  • Untuk pulangan pelaburan yang berkesan ke atas sumber manusia di dalam organisasi.
  • Apakah skop di dalam program KOSPEN WOW?
    • Amalan Pemakanan Sihat
    • Amalan tidak Merokok
    • Hidup yang aktif
    • Pengurusan Berat Badan
    • Saringan Kesihatan
    • Minda Sihat
    • Persekitaran Tempat Kerja yang sihat
    • Pencegahan dan Pengurangan Kemudaratan Alkohol.

Daripada 8 skop, saringan kesihatan adalah keutamaan sebab kita ingin menentukan program yang penting untuk dilaburkan. Data dasar ini yang menentukan program ini mempunyai kesan atau ditambahbaik.