Pengurusan kakitangan kesihatan di Hospital Umum Sarawak semasa wabak Covid-19

Laman ini merupakan laman utama untuk mencari maklumat tentang protokol yang berkaitan dengan pengurusan kakitangan semasa pandemik Covid-19.

Tolong! RTK saya positif!

  1. Jangan panik. Sila kemaskini status anda di dalam aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan sijil HSO digital. Pastikan anda kemaskini status kesihatan anda menggunakan HAT (Health Assessment Tool) sehingga tamat kuarantin.
  2. Isi borang ini > POSITIVE HCW INFO SHEET
  3. Maklumkan kepada supervisor / HOD / SHLO
  4. Sekiranya anda mempunyai kontak rapat yang merupakan ahli keluarga ATAU rakan yang tinggal serumah, sila tambah nama mereka sebagai kontak rapat di dalam aplikasi MySejahtera dan pastikan mereka membuat ujian kendiri.
  5. Sekiranya anda berasa tidak sihat atau simtom anda bertambah teruk, sila pergi ke Jabatan Kecemasan & Trauma dengan kadar segera dan pastikan anda memaklumkan kakitangan yang bertugas bahawa anda berstatus positif tetapi berasa tidak sihat dan memerlukan pemeriksaan lanjut. Contohnya: sesak nafas, sakit dada dan sebagainya.

Untuk maklumat tambahan, boleh rujuk laman sesawang COVID-19 MALAYSIA (moh.gov.my).