Unit Kesihatan Awam

Pengenalan

Pada 2006, Unit Kesihatan Awam (UKA) telah dibentuk berdasarkan Surat Pekeliling Bil 1/2008 iaitu Skop Kerja, Fungsi dan Tanggungjawab Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U32 di Hospital-hospital Kerajaan Kementerian Kesihatan Malaysia. Sejak ditubuhkan, sebanyak 4 jawatan telah diluluskan untuk Unit ini di HUS iaitu Pegawai Kesihatan Persekitaran U41 (1) , Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan U32 (1 orang) dan U29 (2 orang). Kini, UKA dianggotai tiga (3) pegawai perubatan dan tiga (3)  penolong pegawai kesihatan persekitaran. Unit ini bertanggungjawab melakukan 6 tugas utama di bawah kesihatan awam.

Pada 2016, Surat Arahan  Bagi Mewujudkan Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Di Semua Hospital Dan Institusi Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, No Rujukan: KKM.600-37/1/3, Bertarikh 11 Julai 2016 dikeluarkan. Unit ini bertugas seperti yang digariskan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Pada 2016, UKA, UKKP dan Klinik Sejahtera telah digabungkan menjadi Unit Epid Klinikal dan Keselamatan Hospital dan kemudiannya dijenama semula sebagai Jabatan Perubatan Kesihatan Awam (JPKA). Secara amnya, Jabatan ini berfungsi untuk memantau dan mengkoordinasi aktiviti kesihatan awam utama di dalam kawasan hospital.

Unit Kesihatan Awam Hospital Umum Sarawak

UKA

MISI UKA

Untuk mewujudkan suasana persekitaran hospital yang kondusif, dan selamat serta mengurangkan ancaman risiko bahaya khasnya jangkitan penyakit berjangkit.  

VISI UKA

Komited dalam memastikan keadaan persekitaran di kawasan hospital adalah bersih dan selamat kepada semua pekerja kesihatan, pesakit dan pelawat dengan memenuhi peraturan dan etika yang ditetapkan. 

Objektif

  1. Merancang dan melaksanakan aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit seperti:
    • Notifikasi dan Survelan Penyakit berjangkit
    • Sekretariat Jawatankuasa Kawalan Infeksi TB, 
    • Sekretariat Jawatankuasa Siasatan Mortaliti Penyakit Berjangkit (Denggi, TB dan Lain-lain)
    • Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Penyakit Tuberkulosis khasnya di kalangan pekerja kesihatan
    • Sekretariat Program Fasiliti Kesihatan Bebas Aedes/Denggi HUS.
  2. Merancang , menyelaras dan menilai aktiviti-aktiviti penguatkuasaan berkaitan kesihatan awam di hospital.
    • Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
    • Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975
    • Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009
    • Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004
    • Akta, Ordinan dan lain-lain undang-undang berkaitan dengannya
  3. Sekretariat Jawatankuasa Bencana Peringkat Hospital
    • Sekretariat tetap di Bilik Operasi Bencana Pengarah
    • Mengkoordinasi Pelan Kesiapsiagaan Pengurusan Bencana.
  4. Merancang, mengatur dan menyelaras aktiviti-aktiviti bagi Keselamatan dan Kualiti Makanan di kawasan jualan, sajian dan penyediaan makanan di hospital. 
  5. Merancang, melaksana dan memantau program kesihatan persekitaran  di hospital seperti kawasan berpotensi pembiakan nyamuk dan pest, rating tandas, mutu perawatan air kumbahan dan air terawat.